Kelas Adobe Photoshop
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2018, telah diadakan satu Kelas Adobe Photoshop kepada pelajar sekolah tingkatan 3 dan 4. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Repek. Kursus ini telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 3.30 petang. Tujuan kursus adobe photoshop ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan lebih terperinci berkaitan dengan fungsi dan penggunaan adobe photoshop. Fungsi adobe photoshop adalah untuk penyuntingan gambar,membuat kesan pada gambar dan juga membuat tulisan dengan kesan yang tertentu. Di dalam kelas multimedia ini, mereka telah diajar cara untuk membuat kesan gambar dengan menghilangkan latar belakang pada setiap gambar yang dipilih. Mereka boleh menggunakan “eraser tool”, “background eraser tool” dan juga “magic eraser tool”.
Dengan menggunakan salah satu daripada “tool” tersebut, mereka boleh menghilangkan latar belakang sesuatu gambar. Apabila telah siap menyunting, mereka boleh menyimpan dengan menggunakan format PNG. Di akhir kelas multimedia ini, mereka telah berjaya menghilangkan latar belakang gambar yang telah di pilih. Dengan adanya kursus adobe photoshop ini, mereka dapat mempelajari cara untuk menyunting gambar dengan betul dan mudah hanya dengan menggunakan adobe photoshop.Peserta juga dapat mengedit gambar produk untuk tujuan mempromosikan produk peserta. Peserta diberi tugasan menyiapkan satu iklan promosi dengan menggunakan tools yang diajar.
Tempat : Bilik Latihan PI Repek
Tarikh : 17 Mac 2018
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 Pagi – 3.30 Petang
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Teori Adobe Photoshop
- Mengenal Tools dan Fungsi Tools di Adobe Photoshop
- Memilih latar belakang yang dikehendaki
- Membuang latar belakang gambar menggunakan tools yang dipelajari
- Membuat teks pada tugasan
- Menyimpan tugasan dalam bentuk PNG
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: